SEJARAH KOPERASI

Koperasi Kakitangan AIM Berhad ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 13hb Jun 1996 dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi kemudian menukarkan nama kepada Koperasi AIM Berhad pada 20hb Julai 2000 dan pada 25hb Jun 2019 Koperasi AIM Berhad menukar nama pula kepada Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB).

Di awal penubuhan, KKAIMB didaftarkan di Lot 2425, KM 21 Jalan Pasir Puteh, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan. Pejabat operasi KKAIMB terletak di Lot 1-3, Tingkat 1, Jalan Cempaka Sd 12/1A, Bandar Sri Damansara Pju 9, 52200 Kuala Lumpur  yang juga merupakan Ibu pejabat.

Selain itu, KKAIMB juga menjalankan urusniaga pembekalan peralatan pejabat, alatulis, perkakasan komputer,percetakan dan cenderahati. Selain itu, Koperasi turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan perpindahan pejabat serta barang-barang peribadi.

KKAIMB sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan Visinya menjadi sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing. Bagi mencapai Visinya, KKAIMB perlu komited dalam segala urusan dan sentiasa mengekalkan 6 prinsip asas koperasi sebagai panduan dalam aktiviti berkoperasi. 

Selain itu, KKAIMB juga menjalankan urusniaga pembekalan peralatan pejabat, alatulis, perkakasan komputer,percetakan dan cenderahati. Selain itu, Koperasi turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan perpindahan pejabat serta barang-barang peribadi. KKAIMB sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan Visinya menjadi sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing. Bagi mencapai Visinya, KKAIMB perlu komited dalam segala urusan dan sentiasa mengekalkan 6 prinsip asas koperasi sebagai panduan dalam aktiviti berkoperasi. 

KKAIMB yang merupakan sebuah koperasi 100% bumiputra di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Aktiviti utama KKAIMB adalah projek Tabung Khairat Hutang yang menjadi pendapatan teras koperasi.

Prinsip

Keanggotaan sukarela dan terbuka

Pengurusan yang demokratik

Pulangan terhad ke atas modal yang disumbangkan

Pembahagian keuntungan yang saksama.

Menggalakkan Pendidikan koperasi dan perniagaan

Semangat kerjasama di kalangan ahli dan koperasi

Misi

Mencari peluang-peluang niaga untuk menambah dan mengukuhkan dana koperasi.

Meningkatkan saluran perniagaan dan perusahaan koperasi dan membantu ahli-ahli dalam operasi perniagaan terutama pembiayaan modal.

Membuat pelaburan yang berkesan dan menguntungkan ahli.

Mengembleng semua sumber yang berpotensi dan mempelbagaikan perniagaan dan perusahaan untuk manfaat bersama.

Menyediakan Latihan dan penyelidikan untuk mempertingkatkan kecemerlangan ahli dan kakitangan.

Visi

Meningkatkan taraf ekonomi ahli-ahli mengikut prinsip koperasi dan menjadi sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing.