BERITA DAN AKTIVITI

Galeri

2025

KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) berbesar hati menerima jemputan untuk memberi taklimat sempena Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Wilayah Persekutuan Tahun 2025, anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang telah berlangsung seperti berikut:
🗓️ 29 Julai 2025 (Selasa)
🕘 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Menara Amanah Ikhtiar Malaysia, Bandar Sri Damansara
KKAIMB telah diwakili oleh Tuan Haji Amir Hamzah bin Rahmat, Pengerusi Lembaga KKAIMB, Puan Norhaliza binti Dollah, Setiausaha Lembaga, Encik Animan Shah bin Othman, Bendahari Lembaga dan Encik Azrul Nizam bin Akashah, Ketua Pegawai Operasi
Sebagai salah satu pengisian mesyuarat, KKAIMB telah diberi peluang untuk menyampaikan taklimat khas pengenalan koperasi, di samping berkongsi pelbagai inisiatif dan pencapaian dalam usaha memperkasa anggota koperasi. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Azrul Nizam bin Akashah, Ketua Pegawai Operasi KKAIMB.
Sebagai tanda penghargaan, satu sesi penyerahan plak cenderahati telah diadakan kepada YBhg. Dato’ Gerald Hans Isaac, Pengerusi MPKN Wilayah Persekutuan. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Amir Hamzah bin Rahmat mewakili KKAIMB.
KKAIMB turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Koop Sahabat atas pelantikan sebagai Ahli Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) Wilayah Persekutuan 2025.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atas kepercayaan serta ruang kolaborasi yang diberikan kepada KKAIMB.
Sesi Penyerahan Hadiah Cabutan Bertuah Coopshield Berupa Sebuah Motor Yamaha Ego Avantiz 125cc
Tahniah diucapkan kepada Wan Hasmaria Binti Wan Hassan, Pengurus Cawangan AIM Alor Gajah, Melaka atas kemenangan dalam Cabutan Bertuah Takaful Kenderaan Coopshield!
Majlis penyerahan hadiah telah berlangsung pada Selasa, 17 Jun 2025 bertempat di Pejabat Cawangan AIM Alor Gajah, Melaka.
Hadiah telah disampaikan oleh En. Azrizal Bin Aznan, Anggota Lembaga Koperasi.
🎉 Sekalung penghargaan kepada semua yang telah menyertai!
Teruskan menyokong Takaful Kenderaan Coopshield pilihan JIMAT, MUDAH & SELAMAT untuk perlindungan kenderaan anda.
Bersama kita lindungi yang tersayang sambil berpeluang memenangi hadiah menarik! 🚗✨
 
📍 MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-27
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB)
🗓️ 24 Mei 2025 (Sabtu)
📍 Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Alhamdulillah, MAPT Kali Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya! Seramai 84 orang perwakilan dari seluruh Malaysia telah bersama-sama menghadirkan diri dan menyumbang idea serta pandangan dalam memastikan hala tuju koperasi terus kukuh dan berdaya saing.
Kejayaan penganjuran ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama padu dari Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD), pengurusan, kakitangan dan tentunya para perwakilan yang komited menjalankan amanah.
Pihak KKAIMB dengan rendah hati memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang MAPT ini berlangsung. Yang baik itu datang daripada Allah SWT, segala kelemahan adalah kelemahan kami sendiri.
🎉 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga MAPT ini menjadi pemangkin semangat untuk terus membangun bersama koperasi.
Sampai kita bertemu lagi di MAPT akan datang! 💪✨
MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB
Tarikh: 23 Mei 2025 (Jumaat)
Tempat: Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur
Malam Pesona Seribu Budaya telah berlangsung dengan penuh meriah dan gilang-gemilang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Turut hadir, Datuk Haji Shabudin bin Yahaya, Penaung Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) serta En. Norsharizal bin Mashahrin, Timbalan Pengarah Urusan (Kewangan), AIM.
Majlis ini diadakan bagi meraikan para perwakilan sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-27. Dalam majlis yang sama, turut diadakan perasmian produk Ikhtiar Ar Rahnu dimana cawangan pertama akan dibuka di Tanah Merah dan akan disusuli dengan cawangan baharu di Shah Alam dan Sarikei.
Kemeriahan majlis turut diserikan dengan persembahan Orkes Melayu Rojer Kajol serta cabutan bertuah yang dinanti-nantikan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para perwakilan yang hadir dan memeriahkan Malam Pesona Seribu Budaya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah, khususnya kepada Puan Wan Hasmaria binti Wan Hassan daripada Wilayah Negeri Sembilan/Melaka yang berjaya membawa pulang sebuah motosikal bernilai RM6,000, tajaan daripada Coopshield.✨
MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB – SESI PENGENALAN CALON ANGGOTA LEMBAGA
5 calon Anggota Lembaga KKAIMB telah mengambil peluang memperkenalkan diri dan berkongsi visi serta komitmen mereka kepada para perwakilan. 🌟
Masing-masing tampil yakin dan bersemangat — undian anda bakal menentukan hala tuju koperasi!
MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB – PEMENANG PAKAIAN TRADISIONAL TERBAIK
Tahniah kepada pemenang Pakaian Tradisional Terbaik (Lelaki & Wanita) iaitu Tuan Haji Saad bin Ishak, Pengerusi Lembaga KKAIMB dan Puan Mazmah binti Idris, Perwakilan Kedah. ✨
Penampilan memukau dan penuh gaya berjaya mencuri tumpuan malam ini. Inilah cerminan keindahan budaya yang dibawa dengan penuh bangga!
 
MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB – PELBAGAI PAKAIAN TRADISIONAL
Meriah dengan warna-warni budaya! Jemputan, perwakilan dan urusetia tampil anggun dan segak dalam busana tradisional, menyemarakkan lagi aura Malam Pesona Seribu Budaya. Inilah semangat warisan yang dibanggakan!
MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB – ORKES MELAYU ROJER KAJOL
Suasana sangat hangat! 🎶 Orkes Melayu Rojer Kajol telah menghiburkan tetamu dengan persembahan penuh irama dan nostalgia. Malam Pesona Seribu Budaya terus memukau!
 
 
 
LINTAS LANGSUNG – MALAM PESONA SERIBU BUDAYA KKAIMB
Sudah mula memenuhi dewan! 🌟 Ketibaan para perwakilan dan jemputan memeriahkan lagi suasana Malam Pesona Seribu Budaya. Malam yang dinanti penuh warna dan warisan!
KKAIMB TEROKAI BIDANG PELANCONGAN MELALUI KERJASAMA DI PERINGKAT ASEAN
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) melangkah setapak lagi dalam usaha mempelbagaikan aktiviti perniagaan dengan menerokai sektor pelancongan, satu bidang yang berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan dan memperkukuh kedudukan koperasi di peringkat serantau.
Sebagai langkah awal yang strategik, KKAIMB telah memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) bersama Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) sempena penganjuran Asean Cooperative Dialogue 2025 yang berlangsung pada 12 Mei 2025 bertempat di Sunway Resort Hotel.
Melalui kerjasama strategik ini, KKAIMB dan Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) akan berganding bahu dalam mengenal pasti serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di Indonesia, khususnya yang berpotensi menarik minat pelancong dari Malaysia. Usaha ini membuka peluang kepada koperasi untuk turut serta dalam mempromosikan produk pelancongan yang bersesuaian bagi pasaran serantau. Dalam kerjasama ini, ANGKASA memainkan peranan penting sebagai pengantara, sekali gus menyokong usaha memperkukuh hubungan antara KKAIMB dan DEKOPIN dalam sektor pelancongan koperasi.
Dengan termeterainya kerjasama ini, KKAIMB yakin ia akan menjadi langkah penting dalam mengembangkan sektor pelancongan yang lebih aktif dan melibatkan lebih ramai pihak, termasuk anggota koperasi. KKAIMB komited untuk terus mencari peluang baharu yang boleh memberi manfaat besar kepada koperasi dan anggota.
 
PENYERAHAN SUMBANGAN TAKAFUL ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) 2025
21 April 2025 (Isnin), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menyampaikan Sumbangan Takaful Anggota KKAIMB berjumlah RM12,000 kepada waris Allahyarhamah Siti Norazimah binti Mohamad yang telah kembali ke rahmatulallah.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Abdul Hafiz bin Soni, Anggota Lembaga KKAIMB dan kakitangan KKAIMB bertempat di Asrama Wanita Murata Manufacturing (Sarawak) Sdn. Bhd., Kuching, Sarawak.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu ahli keluarga yang di tinggalkan. KKAIMB juga mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Tahniah dan syabas kepada seluruh anggota serta warga KKAIMB atas pencapaian ini
19 Mac 2025 – Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) diwakili oleh Hj. Saad Ishak telah menghadiri Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan Tahun 2024 atas pencapaian KKAIMB menduduki tempat ke-26 dalam senarai Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2024.
Sijil Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan telah disampaikan oleh Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Majlis turut diserikan dengan Sesi Bual Bicara “Refleksi dan Aspirasi: Memeta Kecemerlangan Koperasi” , aktiviti pameran dan berbuka puasa.
 
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TAKAFUL ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) 2024
5 Mac 2025 (Rabu), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menyampaikan Sumbangan Takaful Anggota KKAIMB berjumlah RM12,000 kepada isteri waris iaitu Allahyarham Azrin MD Daim yang telah kembali ke rahmatulallah.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Na’em Siddiqi bin Zulkiflie, Anggota Lembaga KKAIMB, Puan Anisah bin Ahmad Kamal, Penolong Pengurus Wilayah AIM Wilayah Pahang dan kakitangan KKAIMB bertempat di Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan Jerantut, Pahang.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu ahli keluarga yang di tinggalkan. KKAIMB juga mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
 
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TAKAFUL ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) 2024
28 Februari 2025 (Jumaat), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menyampaikan Sumbangan Takaful Anggota KKAIMB berjumlah RM12,000 kepada isteri waris iaitu Allahyarham Azman bin Hashim yang telah kembali ke rahmatulallah.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Suharno bin Ali, Anggota Lembaga dan beberapa kakitangan KKAIMB bertempat di kediaman waris di Kota Kinabalu, Sabah.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu ahli keluarga yang di tinggalkan. KKAIMB juga mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
 
📢 MESYUARAT AGUNG KAWASAN KKAIMB 2025 – MAK 3 SELESAI DILAKSANAKAN 📢
📅 9 Mac 2025 | Ahad – Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah melaksanakan Mesyuarat Agung Kawasan 2025 bagi MAK 3 secara dalam talian.
🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota dari kawasan berikut yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan komitmen penuh:
📍 MAK 3 – Sarawak, Sabah
✨ Kami menghargai setiap pandangan dan sokongan yang diberikan demi memperkukuh perjalanan koperasi kita. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang sesi berlangsung, kami memohon maaf dan akan terus berusaha memberikan yang terbaik.
💡 Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kemajuan KKAIMB dan memperkukuh semangat “Membangun Bersama Koperasi”
 
📢 MESYUARAT AGUNG KAWASAN KKAIMB 2025 – MAK 1 & MAK 2 SELESAI DILAKSANAKAN 📢
📅 8 Mac 2025 | Sabtu – Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah melaksanakan Mesyuarat Agung Kawasan 2025 bagi MAK 1 & MAK 2 secara dalam talian.
🙏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua anggota dari kawasan berikut yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan komitmen penuh:
📍 MAK 1 – Ibu Pejabat, Selangor/Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Negeri Sembilan/Melaka
📍 MAK 2 – Perak, Kedah, Pulau Pinang/Perlis, Terengganu, Kelantan
✨ Kami menghargai setiap pandangan dan sokongan yang diberikan demi memperkukuh perjalanan koperasi kita. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang sesi berlangsung, kami memohon maaf dan akan terus berusaha memberikan yang terbaik.
💡 Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada kemajuan KKAIMB dan memperkukuh semangat “Membangun Bersama Koperasi”
 
📢 TAKLIMAT MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2025 📢
📅 7 Mac 2025 | Jumaat – Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah mengadakan Taklimat Mesyuarat Agung Kawasan 2025 secara dalam talian menerusi Microsoft Teams.
Sesi ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat penting berkaitan perjalanan mesyuarat, pemahaman terhadap proses pengundian terutamanya, serta memastikan semua anggota mendapat penerangan yang jelas dan menyeluruh.
✨ Terima kasih kepada semua anggota yang telah hadir dan memberikan kerjasama sepanjang sesi berlangsung. Semoga taklimat ini dapat memperkukuh kefahaman serta mempertingkatkan keberkesanan perjalanan Mesyuarat Agung Kawasan KKAIMB yang akan berlangsung nanti.
 
📢SESI TAKLIMAT PRODUK KKAIMB📢
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) mengadakan sesi Taklimat Produk MyWasiat & CoopShield bertempat di Pejabat AIM Wilayah Pahang, Temerloh. Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Afiffy bin Arif, Pengurus Jabatan Perniagaan & Pelaburan KKAIMB bersama Skuad JOPP.
MyWasiat membantu merancang pengurusan harta pusaka dengan mudah dan teratur, manakala CoopShield memberikan perlindungan takaful kenderaan dengan lebih terjamin serta terdapat diskaun 5% untuk ahli CoopShield. Pastikan masa depan anda dan keluarga lebih teratur serta selamat dengan perancangan yang tepat bersama Produk-produk kami.
Untuk Pautan Lanjut berkaitan CoopShield boleh klik dipautan 👇🏻
 
Sesi Ramah Mesra bersama Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) merangkap Penyelia Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) di bawah Nasional E
KKAIMB amat berbesar hati menerima kunjungan daripada Encik Kamarulzaman bin Mohamad Annuar Mus’adad dan Puan NorulNidiah binti Harun selaku Pegawai SKM merangkap Penyelia KKAIMB di bawah Nasional E.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian meluangkan masa mengunjungi KKAIMB. Semoga pertemuan ini dapat mempererat hubungan serta memperkukuh kerjasama demi kemajuan Koperasi.
16 Januari 2025 – Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) turut bersama-sama menyumbang dan membantu aktiviti Program CSR SKM Prihatin Skuad Ihsan Madani bersama Gerakan Koperasi Wilayah Persekutuan bertempat di Kampung Derang, Pokok Sena, Kedah.
 

2024

SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TAKAFUL ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) 2024
4 September 2024 (Rabu), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menyampaikan Sumbangan Takaful Anggota KKAIMB berjumlah RM12,000 kepada waris iaitu Wan Rahmah binti Wan Muhammad merupakan isteri kepada Allahyarham Mohd Zaki bin Mamat yang telah kembali ke rahmatulallah.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Norhaliza Dollah, Setiausaha Lembaga KKAIMB dan Encik Rosdi bin Jaafar, Penolong Pengurus Cawangan Pasir Pekan bertempat di kediaman waris di Tanah Merah.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang di tinggalkan. KKAIMB juga mendoakan Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN TAKAFUL ANGGOTA KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB) 2024
16 Ogos 2024 (Jumaat), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menyampaikan Sumbangan Takaful Anggota KKAIMB berjumlah RM12,000 kepada waris iaitu suami Anggota KKAIMB, Allahyarhamah Puan Hashimah binti Hashim yang telah kembali ke rahmatulallah.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Puan Norhaliza Dollah, Setiausaha Lembaga KKAIMB dan Encik MD Radzhi Bin Mahamud, Anggota Lembaga KKAIMB bertempat di kediaman waris di Yan, Kedah.
Semoga sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu keluarga yang di tinggalkan. KKAIMB juga mendoakan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
 
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KKAIMB 2024
15 Ogos 2024 (Khamis), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) melalui Tuan Hj. Saad bin Ishak, Pengerusi Lembaga telah menyempurnakan penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat KKAIMB kepada Puan Norfadila Hidayah binti Hasiman yang merupakan kakitangan di Ibu Pejabat KKAIMB.
Sumbangan adalah berupa Mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) bagi mengatasi masalah saluran pernafasan yang sempit dan memerlukan penggunaan CPAP dalam jangka masa yang panjang untuk proses pemulihan.
Semoga sumbangan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik dan memberi kesembuhan kepada penerima.
SIARAN LANGSUNG ‼️
Suasana Booth Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad bersempena Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan 2024 di Kompleks Perbadanan Putrajaya ketika ini sungguh meriah. Dibuka bermula hari ini sehingga esok 18 Julai 2024, jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam✨
Pelbagai tawaran dan promosi yang menarik kami sediakan! Ayuh kunjungi ke Booth bernombor K1 🤩
Antara produk yang kami sediakan adalah :-
– Coopshield
– ⁠MyWasiat
– ⁠Pakej Pelancongan
– Motosikal Elektrik
Jom pakat hadir!
PROGRAM HARI KESEDARAN KESIHATAN ANJURAN KKAIMB
28 Jun 2024 (Jumaat), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menganjurkan Program Hari Kesedaran Kesihatan khusus buat Anggota dan Kakitangan KKAIMB bertempat di Dewan Dato’ Amihamzah, Menara AIM.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pemeriksaan tekanan darah & glukosa, analisis komposisi badan inbody dan pemeriksaan kolesterol. Program turut diserikan dengan ceramah kesihatan bertajuk “Hubungkait Kesihatan Mental, Stres Pemakanan & Berat Badan – Apa Kata Doktor Kita?” disampaikan oleh Dr. Premila Arul Arumugam, Pakar Nefrologi & Perubatan, Thomson Hospital Kota Damansara.
KKAIMB mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian semua Anggota dan Kakitangan KKAIMB yang turut serta pada program hari ini.
IBADAH KORBAN WARGA KKAIMB 2024
BANDAR SRI DAMANSARA, 17 JUN 2024- Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah melaksanakan ibadah korban untuk warga KKAIMB yang menyertai kempen Tabung Korban bersempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.
Tabung Korban telah dilancarkan pada September 2023, merupakan insentif yang diberikan kepada warga KKAIMB untuk menyertai ibadah korban melalui potongan gaji bulanan.
Ibadah korban telah disempurnakan di Surau Al-Ukhuwah, Pangsapuri Sri Meranti dengan kerjasama jawatankuasa surau dan penduduk setempat.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KKAIMB 2024
6 Jun 2024 (Khamis), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) menyerahkan sumbangan Wakalah Zakat KKAIMB bernilai RM5,000.00 kepada Madrasah Al-Islah, Ayer Keroh Melaka.
Sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga KKAIMB iaitu Encik Saad bin Ishak. Ia bertujuan untuk menampung kos sebahagian kerja baik pulih madrasah bagi keselesaan jemaah di kawasan tersebut.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu Madrasah Al-Islah melaksanakan kerja-kerja baikpulih.
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kepada,
Encik Muhammad Yuri bin Zainun,
Encik Ahmad Fauzi bin Abdullah,
Encik Mohd Idrus bin Sharif Ekang.
Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Anggota Lembaga KKAIMB. Terima kasih kerana telah memberikan komitmen yang cemerlang dalam usaha membangunkan KKAIMB.
Warga Kerja KKAIMB mendoakan semoga maju jaya dan terus sukses buat Encik Yuri, Encik Fauzi dan Encik Idrus.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2024 KEPADA YAYASAN AMAL TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG
21 Mei 2024 (Selasa), Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Encik Mohamed Shamir bin Abdul Aziz mewakili Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) bagi sesi serahan zakat kepada Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Majlis penyampaian telah disaksikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Pemegang Amanah AIM, YBHG. Datuk Seri (DR) Syed Hussian bin Syed Junid dan Pengerusi Lembaga KKAIMB, Encik Saad bin Ishak.
Sumbangan Zakat bernilai RM160,000.00 akan diperuntukkan kepada asnaf dan institusi yang layak menerimanya melalui Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Semoga pemberian sumbangan ini dapat membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-26
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 18 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Thistle Port Dickson Resort , Negeri Sembilan
Seramai 83 orang perwakilan daripada seluruh Malaysia telah menghadiri MAPT-26 pada kali ini. Dengan kerjasama kesemua barisan ALK, JAD, pengurusan dan kakitangan serta perwakilan, Alhamdulillah MAPT-26 dapat dijalankan dengan lancar dan baik seperti yang dirancang.
Pihak KKAIMB memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang MAPT-26 berlangsung, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kelemahan itu datangnya daripada KKAIMB sendiri.
Terima kasih, tahniah dan syabas! kami ucapkan kepada perwakilan-perwakilan yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab dalam menjayakan MAPT Ke-26 pada kali ini.
Jumpa lagi pada MAPT yang akan mendatang!
MALAM APRESIASI KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (KKAIMB)
Tarikh : 17 MEI 2024 (Jumaat)
Tempat : Thistle Port Dickson Resort , Negeri Sembilan
Malam Apresiasi KKAIMB telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia.
Majlis diadakan bagi meraikan Perwakilan bersempena MAPT kali ke-26. Kakitangan turut diraikan dengan penganugerahan atas kesetiaan dan kecemerlangan sepanjang perkhidmatan mereka.
Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah dan live band daripada Rhythm Nation.
Terima kasih kepada para Perwakilan yang hadir bagi memeriahkan Malam Apresiasi KKAIMB dan tahniah kepada penerima anugerah✨
MAJLIS IFTAR RAMADAN KKAIMB 2024
22 Mac 2024 | Ahad, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan KKAIMB 2024 bertempat di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) bersama kakitangan KKAIMB, Ekosistem AIM dan rakan niaga.
KKAIMB sangat berbesar hati menerima kehadiran Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan serta Penaung KKAIMB, YBhg. Datuk Shabudin bin Yahya. Terima kasih yang tidak terhingga diatas kesudian menghadiri majlis kami.
Pengisian majlis diserikan dengan Tazkirah Bicara Ramadan Oleh Ustaz Sheikh Mahmood Al-Wosabi, bacaan ayat suci Al-Quran, Penyerahan Wakalah Zakat KKAIMB serta Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) diantara KKAIMB dan KOOP SAHABAT bagi kolaborasi perniagaan yang telah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KKAIMB, Tn. Hj. Saad bin Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat dan Tn. Hj. Mazri bin Mahmood. Sesi MOU telah disaksikan oleh YB Timbalan Menteri serta Pengarah Urusan AIM, Encik Mohamed Shamir bin Abd Aziz.
KKAIMB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jemputan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Semoga tautan ukhuwah, silaturahim dan kerjasama ini akan sentiasa berterusan dan membawa kebaikan kepada semua.
 
KENDURI RAKYAT & KARNIVAL SAHABAT USAHAWAN MADANI BERSAMA YBHG PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
17 Februari 2024 | Sabtu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berlangsungnya Program Kenduri Rakyat dan Karnival Sahabat Usahawan Madani Bersama YBhg. Puan Nurul Izzah Binti Anwar bertempat di Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
YBhg. Puan Nurul Izzah telah menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyampaikan bantuan set kelengkapan persekolahan bersempena program Back To School. Seramai 250 anak-anak Sahabat Usahawan AIM telah menerima sumbangan persekolahan ini.
Selain itu, pelbagai acara pertandingan, gerai makanan Sahabat Usahawan dan hiburan memeriahkan lagi program tersebut.
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad mengucapkan syabas dan tahniah kepada AIM atas kejayaan menganjurkan program ini.
SESI KUNJUNGAN HORMAT PENAUNG KKAIMB
16 Februari 2024 | Jumaat, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad mengadakan Sesi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Shabudin bin Yahya bersama Ahli Lembaga dan Pengurusan tertinggi KKAIMB di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kunjugan bertujuan bagi membentangkan pencapaian prestasi 2023 dan halatuju KKAIMB.
Antara perkara yang dibincangkan merangkumi aspek cadangan untuk meningkatkan urus tadbir, mengukuhkan hubungan dalam ekosistem AIM serta cadangan perniagaan untuk dipertimbangkan dalam usaha memperkasakan KKAIMB.
KKAIMB juga akan memastikan aktiviti libat urus bersama Penaung akan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Sesi kunjungan diteruskan dengan lawatan ke Kebun Tok Din milik YBhg. Datuk yang berlokasi di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Turut hadir adalah kumpulan pengurusan tertinggi AIM.
KKAIMB merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk atas kesudian melapangkan masa menerima kunjungan kami. Semoga ikatan ukhuwah di antara YBhg. Datuk Shabudin dengan KKAIMB sentiasa subur dan diberkati Allah.
MAJLIS PENYERAHAN TAJAAN SUKAIM
30 Januari 2024, Selasa.
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menjadi penaja utama dengan jumlah penajaan RM 1 Juta bagi program Sukan Amanah Ikhtiar Malaysia (SUKAIM).
Pengerusi Lembaga KKAIMB, Tuan Haji Saad bin Ishak menyempurnakan penyerahan Mock Cheque kepada
YBHG. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid sebagai simbolik penyerahan tajaan tersebut. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Urusan AIM, Encik Mohamed Shamir bin Abdul Aziz serta Pengurusan Tertinggi AIM, Koop Sahabat dan KKAIMB.
Semoga Penganjuran SUKAIM yang bakal diadakan akan memberi semangat persaingan yang sihat dan merapatkan ukhuwah antara semua yang terlibat. ✨
MESYUARAT TINDAKAN AIM (MATA) 2024
Pengerusi Lembaga KKAIMB iaitu Encik Saad bin Ishak bersama Ketua Pegawai Operasi KKAIMB iaitu Encik Azrul Nizam bin Akshah turut hadir dalam Mesyuarat Tindakan Amanah Ikhtiar Malaysia (MATA) 2024 yang berlangsung pada 22 – 26 Januari 2024 bertempat di Pusat Latihan AIM Taiping.
Penglibatan KKAIMB adalah bagi membentangkan pencapaian 2023 dan halatuju 2024 KKAIMB.
*gambar dikongsikan daripada bahagian Komunikasi Korporat AIM.

2023

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN KERJASAMA STRATEGIK (MOA) BERSAMA MYANGKASA AMANAH BERHAD

12 Disember 2023 (Selasa), Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik (MOA) di antara MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dengan Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah diadakan bertempat di Wisma Ungku A.Aziz, Kelana Jaya. Majlis ini diadakan sebagai simbolik jalinan kerjasama antara MAAB dengan KKAIMB sebagai Rakan Kerjasama Strategik dalam pemasaran produk perancangan dan pentadbiran harta pusaka MAAB.

Upacara menandatangani MOA antara kedua-dua pihak telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Pengerusi Lembaga Pengarah MAAB merangkap Anggota Lembaga ANGKASA dan Hj. Saad Ishak, Pengerusi Lembaga KKAIMB dengan disaksikan oleh Encik Mohamad Darulnizam bin Mat Darus, Tuan Haji Mohamad Zulkifli Ismail, Ketua Pegawai Perniagaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah MAAB serta Encik Azrul Nizam bin Akashah, Ketua Pegawai Operasi KKAIMB.

Turut hadir memeriahkan majlis barisan Lembaga KKAIMB dan pengurusan KKAIMB serta pengurusan MAAB.

 

PEMIKIRAN INVOVASI DAN ANUGERAH APRESIASI KKAIMB 2023
24 – 26 November 2023, Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah menganjurkan program Pemikiran Inovasi dan Anugerah Apresiasi KKAIMB 2023 buat kakitangan KKAIMB.
Program ini dihadiri oleh Anggota Lembaga KKAIMB dan semua kakitangan KKAIMB di Ibu Pejabat serta Wilayah.
Tahniah kami ucapkan kepada kakitangan yang telah berjaya menerima Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan. Semoga dengan penganugerahan ini dapat menyuntik semangat dan sikap daya saing yang sihat antara sesama pekerja di KKAIMB.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – PEMBAYARAN PEMBEKAL MAKANAN ASAS PELAJAR TAHFIZ
15 November 2023 (Rabu), Pengerusi Lembaga iaitu Encik Saad bin Ishak, Bendahari Lembaga iaitu Encik Zawawi bin Zakaria, Encik Azrul Nizam bin Akashah dan Kakitangan Ibu Pejabat KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM 10,000.00 kepada Akademi Darul Qur’an Darul Huffaz, Pusat Bimbingan Ummah di Kampar, Perak. Duit tersebut diperuntukkan untuk membayar pembekal makanan asas pelajar tahfiz seramai 80 orang.
Akademi Darul Quran Darul Hufaz merupakan pusat pengajian tahfiz sepenuh masa yang telah berdaftar dengan JAIPk. Pusat tahfiz ini telah beroperasi hampir 25 tahun dari tahun 1998. Antara aktiviti dan pengajian yang dijalankan oleh tahfiz ini adalah pelajar-pelajar mengikuti pendidikan dalam bidang agama seperti mendalami Ilmu Al-Quran dan Pengajian Islam.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya, seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya.”
Peluang ibadah Sedekah/ Derma/ Infaq/ sempena hari jumaat melalui akaun berikut :-
MAYBANK
558042800170
PUSAT BIMBINGAN UMMAH
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban Akademi Darul Quran Darul Huffaz, Kampar, Perak. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan terutamanya dalam bidang pembelajaran seperti mendalami ilmu Al-Quran dan pengajian Islam.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – KEPERLUAN KEMUDAHAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
15 November 2023 (Rabu), Pengerusi Lembaga iaitu Encik Saad bin Ishak, Bendahari Lembaga iaitu Encik Zawawi bin Zakaria, Encik Azrul Nizam bin Akashah dan Kakitangan Ibu Pejabat KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM5,000.00 dan duit tersebut diperuntukkan untuk membeli Katil Hospital, Wheelchair dan Wheelchair Toilet kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Rozy (perempuan).
Pusat jagaan khas untuk perempuan ini baharu sahaja dibuka dan memerlukan fasiliti yang lengkap untuk digunakan oleh penghuni di pusat jagaan ini. Terdapat lebih kurang 14 orang yang telah ditempatkan disini.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban Pusat Jagaan Wargas Emas Al Ikhlas Rozy. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MENAMPUNG SEBAHAGIAN KOS BAIK PULIH MASJID DAN ASNAF FAKIR & MISKIN (KEDAH).
Pada 14 November 2023 (Selasa) bertempat di Masjid Al-Ihsan Kampung Berjaya (KEDA) Jeniang, Kedah. Wakil Lembaga iaitu Encik MD Radzhi bin Mahamud dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Kedah telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB. Tujuan sumbangan Wakalah adalah seperti berikut:
a) RM5,000.00 – Baik pulih masjid
b) RM6,250.00 – Sumbangan tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin
Seramai 25 Asnaf Fakir & Miskin daripada Kampung Berjaya Jeniang, Kedah telah menerima sumbangan tunai.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban penduduk-penduduk di Qaryah Masjid Al-Ihsan Kampung Berjaya (KEDA) Jenisng, Kedah. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MENAMPUNG SEBAHAGIAN KOS BAIK PULIH MASJID DAN ASNAF FAKIR & MISKIN.
Pada 10 November 2023 (Jumaat) bertempat di Masjid Al-Khariah Air Terjun Trong, Perak. Wakil Lembaga iaitu Encik Azrizal bin Aznan, Encik Ismail bin Yahya dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Perak telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB. Tujuan sumbangan Wakalah adalah seperti berikut:
a) RM5,000.00 – Baik pulih masjid
b) RM5,000.00 – Sumbangan tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin
Seramai 20 Asnaf Fakir & Miskin daripada Kg. Belia, Kg. tersusun dan Kg. Spg. Temelok, Perak telah menerima sumbangan tunai.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban penduduk-penduduk di Qaryah Masjid Al-Khairiah Air Terjun Trong, Perak. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – KATIL HOSPITAL DAN WANG TUNAI
8 November 2023 (Rabu), Wilayah Sabah. Wakil Lembaga iaitu Encik Suharno bin Ali dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Sabah telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM1,000.00 secara tunai dan 1 Katil Hospital kepada Encik Muharram bin Hj. Mohd Arif dan Encik Mustaffar bin Talip iaitu suami kepada Puan Maimunah binti Said, Anggota KKAIMB daripada Wilayah Sabah.
Encik Muharram mengidap penyakit buah pinggang dan strok. Beliau masih mendapatkan rawatan susulan dan sering dimasukkan ke hospital. Suami kepada Puan Maimunah iaitu Mustaffar bin Talip mengalami jangkitan kuman yang menyebabkan strok separuh badan. Sehingga kini suami beliau masih menerima rawatan serta pemantauan. Puan Maimunah juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk merawat dan menjaga suaminya yang memerlukan penjagaan yang rapi.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban Encik Muharram dan Puan Maimunah sekeluarga. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Encik Muharram dan Encik Mustaffar (suami kakitangan) sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan seharian selepas ini.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – BAYARAN KOS RAWATAN PEMBEDAHAN
Pada 9 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Kawasan Perumahan Kubu Gajah. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM5,000.00 kepada Puan Nurul Izwanie Bin Hashim, Anggota KKAIMB daripada Ibu Pejabat AIM.
Anak beliau iaitu adik Adeeb Ilman bin Muhammad Asyraf telah disahkan mengalami masalah usus berpintal dan telah menjalani pembedahan kecemasan pada 1 Oktober 2023 di Hospital Thomson Kota Damansara. Kos pembedahan ini memerlukan anggaran belanja berjumlah RM40,000.00 seperti yang telah dimaklumkan oleh Doktor Pakar yang merawat adik Adeeb Ilman. Kos rawatan ini tidak dilindungi oleh mana-mana pihak insurans kerana dikategorikan sebagai sakit kongenital.
KKAIMB juga mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan bagi membantu meringankan beban keluarga ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:-
13017021151175
BANK ISLAM
NURUL IZWANIE BINTI HASHIM
Semoga usaha kecil kita dapat meringgankan beban Puan Izwanie sekeluarga. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Adeeb Ilman sihat sentiasa. Semoga pintu syurga dibuka seluasnya atas amal kebajikan yang dilakukan. Amin 🤲🏻
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – STROLLER
Pada 22 September 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat KKAIMB. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB berbentuk 2-In-1 Stroller Wagon PLUS kepada Puan Siti Munirah binti Baret @ Abdul Barit, Anggota KKAIMB daripada Ibu Pejabat AIM.
Anak beliau iaitu adik Irfan Maleq bin Mohammad Noorul Azman telah disahkan menghidapi penyakit Arthogyposis Multiplex. Penyakit ini membawa kepada ketidakupayaan untuk bergerak sendiri seperti anak yang normal. Pembelian stroller ini bagi keselesaan jangka panjang untuk menampung berat adik Irfan Maleq yang semakin bertambah serta memudahkan urusan Puan Munirah dalam menguruskan anaknya.
Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Irfan Maleq sihat sentiasa dan semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban Puan Munirah sekeluarga.
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DAN PENGURUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
20 September 2023, Rabu.
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pengurusan AIM. Sesi kunjungan disambut oleh Anggota Lembaga dan warga kerja KKAIMB.
KKAIMB ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Datuk Seri yang banyak memberikan pandangan, nasihat dan tunjuk ajar. Keperihatinan Datuk Seri dalam menyantuni semua kakitangan akan sentiasa terpahat dalam hati.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MESIN OKSIGEN
Pada 08 September 2023 (Jumaat) bertempat di Compass Medical Sdn Bhd, Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB berbentuk Mesin Oksigen kepada Encik Iqbal Firzee Bin Mohar, kakitangan AIM cawangan Jerantut.
Anak bongsu beliau iaitu Muhammad Ismail Naufal telah disahkan menghidapi penyakit kelumpuhan paru-paru dan telah menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Hajl Ahmad Shah, Temerloh. Hasil daripada CT scan, adik Ismail Naufal menghidapi penyakit kelumpuhan paru dimana paru-paru anak tidak berkembang seperti biasa.
Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Ismail Naufal sihat sentiasa dan semoga sumbangan ini dapat membantu Encik Iqbal sekeluarga.
KS SANTAI WALK 2023
Sempena menyambut Ulang Tahun ke – 11, Koop Sahabat telah menganjurkan program KS Santai Walk yang melibatkan lebih 350 orang peserta dari kalangan anggota Koop Sahabat Cawangan Sel/KL telah sempurna dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput dan melibatkan KKAIMB di dalam program KS Santai Walk pada tahun ini.
Semoga terus sukses Koperasi Sahabat !!
PENYERAHAN MOTOR EGO AVANTIZ KEPADA SAHABAT AIM CAWANGAN BALING 🛵
Telah sempurna sudah majlis menyerahan hadiah cabutan bertuah kepada penerima Pn. Zainab binti Baharin (Sahabat Cawangan Baling) yang diadakan pada 9 Ogos 2023.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh wakil Anggota Lembaga KKAIMB dan wakil Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Baling. Sahabat AIM Cawangan Baling yang telah berjaya memenagi cabutan bertuah utama pada program Karnvial Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia pada 15 Julai 2023 (Sabtu).
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk proses penyerahan hadiah utama ini.
TAHNIAH BUAT PEMENANG CABUTAN BERTUAH (HADIAH UTAMA) 🎉
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah menaja hadiah utama untuk cabutan bertuah iaitu sebuah motorsikal Yamaha Ego Avantiz untuk program Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia pada 15 Julai 2023 (SABTU).
Tahniah buat pemenang hadiah utama iaitu Puan Zainab binti Baharin merupakan Sahabat AIM Cawangan Baling.
Hadiah utama tersebut disampaikan oleh Puan Norhaliza Binti Dollah selaku Setiausaha Lembaga KKAIMB.

TAHNIAH BUAT ANGGOTA LEMBAGA KKAIMB YANG BAHARU!
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ingin mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Anggota Lembaga KKAIMB yang baharu iaitu:
1) Encik Mohd Safuan Bin Ismail
2) Encik MD Radzhi Bin Mahamud
3) Encik Azrizal Bin Aznan
4) Encik Abdul Hafiz Bin Soni
Di atas perlantikan sebagai Anggota Lembaga KKAIMB bagi sesi 2023.
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat,
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
Semoga kita dapat memberikan kerjasama yang terbaik dalam memajukan KKAIMB. Selamat menjalankan tugas kami ucapkan buat semua Anggota Lembaga yang telah terpilih.
#membangunbersamakoperasi

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kepada,
Puan Rosmawati bt Abdul Rahman,
Encik Naem Siddiqi bin Zulkifli.
Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada KKAIMB. Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan mungkin terdapat kesilapan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan.
Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang dapat membalas segala budi dan bakti dalam usaha memajukan KKAIMB. Kami doakan semoga terus sukses buat Puan Rosmawati dan Encik Na’em.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
#membangunbersamakoperasi

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kepada,
Puan Rosmawati bt Abdul Rahman,
Encik Naem Siddiqi bin Zulkifli.
Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada KKAIMB. Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan mungkin terdapat kesilapan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan.
Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang dapat membalas segala budi dan bakti dalam usaha memajukan KKAIMB. Kami doakan semoga terus sukses buat Puan Rosmawati dan Encik Na’em.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
#membangunbersamakoperasi

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-25
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu)
Tempat : Hotel Maya, Kuala Lumpur
Seramai 84 orang perwakilan daripada seluruh Malaysia telah menghadiri MAPT-25 pada kali ini. Dengan kerjasama kesemua barisan ALK, JAD, pengurusan dan kakitangan serta perwakilan, Alhamdulillah MAPT-25 dapat dijalankan dengan lancar dan baik seperti yang dirancang.
KKAIMB memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang MAPT-25 berlangsung, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kelemahan itu datangnya daripada KKAIMB sendiri.
Terima kasih, tahniah dan syabas! kami ucapkan kepada perwakilan-perwakilan yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab dalam menjayakan MAPT Ke-25 pada kali ini.

MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-25
& PELANCARAN PLATFORM DIGITAL LANGGANAN PRODUK TAKAFUL
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 9 Jun 2023 (Jumaat)
Tempat : Hotel Maya, Kuala Lumpur
Majlis Makan Malam ini dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohamed Shamir bin Abdul Aziz selaku Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Ianya turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan daripada Aurora Buskers, Pelancaran video platform digital langganan produk takaful KKAIMB serta pengenalan calon Anggota Lembaga KKAIMB. 

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Terengganu dan Kelantan pada 8 April 2023 (Sabtu).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Alhamdulillah selesai sudah kesemua Mesyuarat Agung Kawasan 2022 Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. Kita akan teruskan dengan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25 pada masa yang akan diberitahu.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Sarawak pada 1 April 2023 (Sabtu) dan Kawasan Sabah pada 2 April 2023 (Ahad).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Kita akan teruskan lagi dengan wilayah lain pada minggu hadapan. MAK seterusnya adalah pada 8 April 2023 (Sabtu) untuk kawasan Kelantan dan Terengganu.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Johor dan Negeri Sembilan / Melaka pada 25 Mac 2023 (Sabtu)
Kawasan Kedah dan Pulau Pinang / Perlis pada 26 Mac 2023 (Ahad).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Kita akan teruskan lagi dengan wilayah lain pada minggu hadapan. MAK seterusnya adalah pada 1 April 2023 (Sabtu) untuk kawasan Sarawak dan 2 April 2023 (Ahad) untuk kawasan Sabah.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

TAKLIMAT MESYUARAT KAWASAN KAWASAN 2022
Pada hari sabtu (11/03/2023) dan hari ahad (12/03/2023), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah mengadakan Taklimat Mesyuarat Agung Kawasan KKAIMB 2022 bertempat di Ibu Pejabat KKAIMB dengan mod atas talian.
Turut membantu dalam pengendalian MAK adalah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia selaku telah perunding pengurusan acara.
Anggota daripada 12 Wilayah telah terlibat dalam Taklimat MAK 2022.
Terima kasih atas kerjasama semua anggota yang bersama-sama memberikan komitmen untuk menghadiri taklimat MAK 2022 pada kali ini.