PERKHIDMATAN UTAMA KKAIMB
KKAIMB yang merupakan sebuah koperasi 100% bumiputra di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Aktiviti utama KKAIMB adalah projek Tabung Khairat Hutang yang menjadi pendapatan teras koperasi.
KKAIMB sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan Visinya menjadi sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing. Bagi mencapai Visinya, KKAIMB perlu komited dalam segala urusan dan sentiasa mengekalkan 6 prinsip asas koperasi sebagai panduan dalam aktiviti berkoperasi.
Pengurus Tabung Khairat Hutang (TKH)
Pengurus Tabung Khairat Hutang (TKH)
Tabung Khairat Hutang (TKH)
Pihak AIM telah menganugerahkan Tabung Khairat Hutang untuk diuruskan oleh KKAIMB bermula Jun 2005 sehingga kini. (16 Tahun) Pada April 2020, satu perjanjian telah dimeterai oleh AIM dan KKAIMB untuk meneruskan pengurusan tabung ini bagi tempoh 1hb Januari 2020 sehingga 31hb Disember 2026.
Aktiviti Utama TKH
Melindungi pembiayaan yang dikeluarkan oleh pihak AIM beserta manfaat kepada sahabat-sahabat AIM.
Manfaat Kepada Sahabat
Penyelesaian Baki Pembiayaan Sahabat. Hibah; RM1,000 setiap pembiayaan. Khairat Kematian; RM500 dan sehingga RM5,000 (pilihan Sahabat) setiap pembiayaan. Keilatan kekal; saguhati RM200 atas individu
Risiko Yang Ditanggung KKAIMB
Pada 30 Jun 2021, sebanyak RM3.27 billion pembiayaan dengan 423,136 pencarum dilindungi oleh tabung ini. Liabiliti dan risiko ini telah dipindahkan dengan kaedah retakaful kepada pihak Takaful Ikhlas Family Berhad.
Upah Pengurus TKH (25%)
15% digunakan sebagai perbelanjaan operasi KKAIMB. Sebanyak 10% dibayar kepada AIM sebagai wakalah
Pembekalan
Hartanah
BANGUNAN KAMUNTING, PERAK
No. 55, Jalan Medan Saujana 1, Taman Kamunting Maju, 34600 Kamunting, Perak Perbincangan dengan AIM Cawangan Taiping untuk tawaran sewaan.
TANAH DI RASA, HULU SELANGOR
Tanah di Lot 601, Sungai Gedek, Mukim Rasa.1.3026 Hektar (3.21 Ekar). Tanah status pertanian.
BANGUNAN DI SUBANG SELANGOR
No. 16, Jalan Matahari AB U5/AB, Taman Nusa Subang, 40150 Shah Alam, Selangor Perbincangan dengan UPPA AIM untuk tawaran sewaan tempat stor penyimpanan AIM.
BANGUNAN WAKAF CHE YEH KOTA BHARU KELANTAN
PT 1061, Jalan wakaf Che Yeh, Kawasan Pasar Awam Bersepadu, 15150 Kota Bharu, Kelantan.Perbincangan dengan AIM Wilayah Kelantan Utara untuk sewaan kepada AIM Cawangan Kubang Kerian.
BANGUNAN DI KOK LANAS KELANTAN
Lot 449, Taman Sri Mahang, Kok Lanas, 16450 Kota Bharu, Kelantan AIM Kok Lanas bakal tamat sewaan di Aras 2 pada 30/9/2021.Aras GF disewa oleh 7-Eleven
tANAH DI SETIU TERENGGANU
Lot 256, Mukim Guntung. 3.79 Hektar (9.39 Ekar) Usahama dengan pemaju hartanah untuk pembangunan projek perumahan
Perladangan
Merpati Bakat Sdn Bhd
Keluasan tanah 133 ekar. Lokasi di Dungun, Terengganu Tanaman Kelapa Sawit. Tanah Pajakan Negeri daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berstatus Pertanian
Vibrant Realty Sdn Bhd
Keluasan tanah 247 ekar. Lokasi di Dungun, Terengganu. Tanaman Kelapa Sawit Tanah Pajakan Negeri berstatus Pertanian.