BERITA DAN AKTIVITI

Galeri

2023

SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – KEPERLUAN KEMUDAHAN PUSAT JAGAAN WARGA EMAS
15 November 2023 (Rabu), Pengerusi Lembaga iaitu Encik Saad bin Ishak, Bendahari Lembaga iaitu Encik Zawawi bin Zakaria, Encik Azrul Nizam bin Akashah dan Kakitangan Ibu Pejabat KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM5,000.00 dan duit tersebut diperuntukkan untuk membeli Katil Hospital, Wheelchair dan Wheelchair Toilet kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Rozy (perempuan).
Pusat jagaan khas untuk perempuan ini baharu sahaja dibuka dan memerlukan fasiliti yang lengkap untuk digunakan oleh penghuni di pusat jagaan ini. Terdapat lebih kurang 14 orang yang telah ditempatkan disini.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban Pusat Jagaan Wargas Emas Al Ikhlas Rozy. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MENAMPUNG SEBAHAGIAN KOS BAIK PULIH MASJID DAN ASNAF FAKIR & MISKIN (KEDAH).
Pada 14 November 2023 (Selasa) bertempat di Masjid Al-Ihsan Kampung Berjaya (KEDA) Jeniang, Kedah. Wakil Lembaga iaitu Encik MD Radzhi bin Mahamud dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Kedah telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB. Tujuan sumbangan Wakalah adalah seperti berikut:
a) RM5,000.00 – Baik pulih masjid
b) RM6,250.00 – Sumbangan tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin
Seramai 25 Asnaf Fakir & Miskin daripada Kampung Berjaya Jeniang, Kedah telah menerima sumbangan tunai.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban penduduk-penduduk di Qaryah Masjid Al-Ihsan Kampung Berjaya (KEDA) Jenisng, Kedah. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MENAMPUNG SEBAHAGIAN KOS BAIK PULIH MASJID DAN ASNAF FAKIR & MISKIN.
Pada 10 November 2023 (Jumaat) bertempat di Masjid Al-Khariah Air Terjun Trong, Perak. Wakil Lembaga iaitu Encik Azrizal bin Aznan, Encik Ismail bin Yahya dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Perak telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB. Tujuan sumbangan Wakalah adalah seperti berikut:
a) RM5,000.00 – Baik pulih masjid
b) RM5,000.00 – Sumbangan tunai kepada Asnaf Fakir dan Miskin
Seramai 20 Asnaf Fakir & Miskin daripada Kg. Belia, Kg. tersusun dan Kg. Spg. Temelok, Perak telah menerima sumbangan tunai.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban penduduk-penduduk di Qaryah Masjid Al-Khairiah Air Terjun Trong, Perak. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar semua penerima sumbangan dipermudahkan urusan.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – KATIL HOSPITAL DAN WANG TUNAI
8 November 2023 (Rabu), Wilayah Sabah. Wakil Lembaga iaitu Encik Suharno bin Ali dan Kakitangan KKAIMB Wilayah Sabah telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM1,000.00 secara tunai dan 1 Katil Hospital kepada Encik Muharram bin Hj. Mohd Arif dan Encik Mustaffar bin Talip iaitu suami kepada Puan Maimunah binti Said, Anggota KKAIMB daripada Wilayah Sabah.
Encik Muharram mengidap penyakit buah pinggang dan strok. Beliau masih mendapatkan rawatan susulan dan sering dimasukkan ke hospital. Suami kepada Puan Maimunah iaitu Mustaffar bin Talip mengalami jangkitan kuman yang menyebabkan strok separuh badan. Sehingga kini suami beliau masih menerima rawatan serta pemantauan. Puan Maimunah juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk merawat dan menjaga suaminya yang memerlukan penjagaan yang rapi.
Semoga usaha kecil ini dapat meringgankan beban Encik Muharram dan Puan Maimunah sekeluarga. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Encik Muharram dan Encik Mustaffar (suami kakitangan) sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan seharian selepas ini.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – BAYARAN KOS RAWATAN PEMBEDAHAN
Pada 9 Oktober 2023 (Isnin) bertempat di Kawasan Perumahan Kubu Gajah. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB bernilai RM5,000.00 kepada Puan Nurul Izwanie Bin Hashim, Anggota KKAIMB daripada Ibu Pejabat AIM.
Anak beliau iaitu adik Adeeb Ilman bin Muhammad Asyraf telah disahkan mengalami masalah usus berpintal dan telah menjalani pembedahan kecemasan pada 1 Oktober 2023 di Hospital Thomson Kota Damansara. Kos pembedahan ini memerlukan anggaran belanja berjumlah RM40,000.00 seperti yang telah dimaklumkan oleh Doktor Pakar yang merawat adik Adeeb Ilman. Kos rawatan ini tidak dilindungi oleh mana-mana pihak insurans kerana dikategorikan sebagai sakit kongenital.
KKAIMB juga mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan bagi membantu meringankan beban keluarga ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:-
13017021151175
BANK ISLAM
NURUL IZWANIE BINTI HASHIM
Semoga usaha kecil kita dapat meringgankan beban Puan Izwanie sekeluarga. Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Adeeb Ilman sihat sentiasa. Semoga pintu syurga dibuka seluasnya atas amal kebajikan yang dilakukan. Amin 🤲🏻
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – STROLLER
Pada 22 September 2023 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat KKAIMB. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB berbentuk 2-In-1 Stroller Wagon PLUS kepada Puan Siti Munirah binti Baret @ Abdul Barit, Anggota KKAIMB daripada Ibu Pejabat AIM.
Anak beliau iaitu adik Irfan Maleq bin Mohammad Noorul Azman telah disahkan menghidapi penyakit Arthogyposis Multiplex. Penyakit ini membawa kepada ketidakupayaan untuk bergerak sendiri seperti anak yang normal. Pembelian stroller ini bagi keselesaan jangka panjang untuk menampung berat adik Irfan Maleq yang semakin bertambah serta memudahkan urusan Puan Munirah dalam menguruskan anaknya.
Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Irfan Maleq sihat sentiasa dan semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban Puan Munirah sekeluarga.
MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA PENGERUSI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH DAN PENGURUSAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
20 September 2023, Rabu.
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Bin Syed Junid, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia dan Pengurusan AIM. Sesi kunjungan disambut oleh Anggota Lembaga dan warga kerja KKAIMB.
KKAIMB ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Datuk Seri yang banyak memberikan pandangan, nasihat dan tunjuk ajar. Keperihatinan Datuk Seri dalam menyantuni semua kakitangan akan sentiasa terpahat dalam hati.
SESI PENYERAHAN SUMBANGAN ZAKAT KKAIMB 2023 – MESIN OKSIGEN
Pada 08 September 2023 (Jumaat) bertempat di Compass Medical Sdn Bhd, Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur. Wakil Lembaga dan Pengurusan KKAIMB telah menyerahkan sumbangan Zakat KKAIMB berbentuk Mesin Oksigen kepada Encik Iqbal Firzee Bin Mohar, kakitangan AIM cawangan Jerantut.
Anak bongsu beliau iaitu Muhammad Ismail Naufal telah disahkan menghidapi penyakit kelumpuhan paru-paru dan telah menerima rawatan susulan di Hospital Sultan Hajl Ahmad Shah, Temerloh. Hasil daripada CT scan, adik Ismail Naufal menghidapi penyakit kelumpuhan paru dimana paru-paru anak tidak berkembang seperti biasa.
Kami daripada warga KKAIMB mendoakan agar Adik Ismail Naufal sihat sentiasa dan semoga sumbangan ini dapat membantu Encik Iqbal sekeluarga.
KS SANTAI WALK 2023
Sempena menyambut Ulang Tahun ke – 11, Koop Sahabat telah menganjurkan program KS Santai Walk yang melibatkan lebih 350 orang peserta dari kalangan anggota Koop Sahabat Cawangan Sel/KL telah sempurna dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas kesudian menjemput dan melibatkan KKAIMB di dalam program KS Santai Walk pada tahun ini.
Semoga terus sukses Koperasi Sahabat !!
PENYERAHAN MOTOR EGO AVANTIZ KEPADA SAHABAT AIM CAWANGAN BALING 🛵
Telah sempurna sudah majlis menyerahan hadiah cabutan bertuah kepada penerima Pn. Zainab binti Baharin (Sahabat Cawangan Baling) yang diadakan pada 9 Ogos 2023.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh wakil Anggota Lembaga KKAIMB dan wakil Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Baling. Sahabat AIM Cawangan Baling yang telah berjaya memenagi cabutan bertuah utama pada program Karnvial Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia pada 15 Julai 2023 (Sabtu).
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk proses penyerahan hadiah utama ini.
TAHNIAH BUAT PEMENANG CABUTAN BERTUAH (HADIAH UTAMA) 🎉
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah menaja hadiah utama untuk cabutan bertuah iaitu sebuah motorsikal Yamaha Ego Avantiz untuk program Karnival Sahabat Usahawan Madani Amanah Ikhtiar Malaysia pada 15 Julai 2023 (SABTU).
Tahniah buat pemenang hadiah utama iaitu Puan Zainab binti Baharin merupakan Sahabat AIM Cawangan Baling.
Hadiah utama tersebut disampaikan oleh Puan Norhaliza Binti Dollah selaku Setiausaha Lembaga KKAIMB.

TAHNIAH BUAT ANGGOTA LEMBAGA KKAIMB YANG BAHARU!
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad ingin mengucapkan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Anggota Lembaga KKAIMB yang baharu iaitu:
1) Encik Mohd Safuan Bin Ismail
2) Encik MD Radzhi Bin Mahamud
3) Encik Azrizal Bin Aznan
4) Encik Abdul Hafiz Bin Soni
Di atas perlantikan sebagai Anggota Lembaga KKAIMB bagi sesi 2023.
Harum sungguh bunga melati,
Hiasan sanggul amat memikat,
Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
Semoga kita dapat memberikan kerjasama yang terbaik dalam memajukan KKAIMB. Selamat menjalankan tugas kami ucapkan buat semua Anggota Lembaga yang telah terpilih.
#membangunbersamakoperasi

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kepada,
Puan Rosmawati bt Abdul Rahman,
Encik Naem Siddiqi bin Zulkifli.
Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada KKAIMB. Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan mungkin terdapat kesilapan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan.
Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang dapat membalas segala budi dan bakti dalam usaha memajukan KKAIMB. Kami doakan semoga terus sukses buat Puan Rosmawati dan Encik Na’em.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
#membangunbersamakoperasi

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Kepada,
Puan Rosmawati bt Abdul Rahman,
Encik Naem Siddiqi bin Zulkifli.
Pada kesempatan ini, kami mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang cemerlang dan khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada KKAIMB. Kami juga memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan mungkin terdapat kesilapan yang disengajakan atau pun tidak disengajakan.
Hanya Allah subhanawata’ala sahaja yang dapat membalas segala budi dan bakti dalam usaha memajukan KKAIMB. Kami doakan semoga terus sukses buat Puan Rosmawati dan Encik Na’em.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.
#membangunbersamakoperasi

MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN (MAPT) KALI KE-25
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu)
Tempat : Hotel Maya, Kuala Lumpur
Seramai 84 orang perwakilan daripada seluruh Malaysia telah menghadiri MAPT-25 pada kali ini. Dengan kerjasama kesemua barisan ALK, JAD, pengurusan dan kakitangan serta perwakilan, Alhamdulillah MAPT-25 dapat dijalankan dengan lancar dan baik seperti yang dirancang.
KKAIMB memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang MAPT-25 berlangsung, sesungguhnya yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kelemahan itu datangnya daripada KKAIMB sendiri.
Terima kasih, tahniah dan syabas! kami ucapkan kepada perwakilan-perwakilan yang hadir bagi menunaikan tanggungjawab dalam menjayakan MAPT Ke-25 pada kali ini.

MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-25
& PELANCARAN PLATFORM DIGITAL LANGGANAN PRODUK TAKAFUL
KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD
Tarikh : 9 Jun 2023 (Jumaat)
Tempat : Hotel Maya, Kuala Lumpur
Majlis Makan Malam ini dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohamed Shamir bin Abdul Aziz selaku Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Ianya turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, persembahan daripada Aurora Buskers, Pelancaran video platform digital langganan produk takaful KKAIMB serta pengenalan calon Anggota Lembaga KKAIMB. 

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Terengganu dan Kelantan pada 8 April 2023 (Sabtu).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Alhamdulillah selesai sudah kesemua Mesyuarat Agung Kawasan 2022 Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad. Kita akan teruskan dengan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25 pada masa yang akan diberitahu.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Sarawak pada 1 April 2023 (Sabtu) dan Kawasan Sabah pada 2 April 2023 (Ahad).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Kita akan teruskan lagi dengan wilayah lain pada minggu hadapan. MAK seterusnya adalah pada 8 April 2023 (Sabtu) untuk kawasan Kelantan dan Terengganu.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KAKITANGAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD 2022
Foto-foto sekitar perjalanan MAK 2022.
Kawasan Johor dan Negeri Sembilan / Melaka pada 25 Mac 2023 (Sabtu)
Kawasan Kedah dan Pulau Pinang / Perlis pada 26 Mac 2023 (Ahad).
Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua anggota yang menghadiri MAK KKAIMB 2022 pada kali ini.
Kita akan teruskan lagi dengan wilayah lain pada minggu hadapan. MAK seterusnya adalah pada 1 April 2023 (Sabtu) untuk kawasan Sarawak dan 2 April 2023 (Ahad) untuk kawasan Sabah.
Tahniah buat calon perwakilan yang memenangi tempat untuk pergi ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke-25.

TAKLIMAT MESYUARAT KAWASAN KAWASAN 2022
Pada hari sabtu (11/03/2023) dan hari ahad (12/03/2023), Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah mengadakan Taklimat Mesyuarat Agung Kawasan KKAIMB 2022 bertempat di Ibu Pejabat KKAIMB dengan mod atas talian.
Turut membantu dalam pengendalian MAK adalah Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia selaku telah perunding pengurusan acara.
Anggota daripada 12 Wilayah telah terlibat dalam Taklimat MAK 2022.
Terima kasih atas kerjasama semua anggota yang bersama-sama memberikan komitmen untuk menghadiri taklimat MAK 2022 pada kali ini.

2022

BANTUAN TABUNG KEBAJIKAN AM (TKA) KEPADA ANGGOTA
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) amat berdukacita dan bersimpati di atas musibah kebakaran rumah yang menimpa salah seorang anggota KKAIMB iaitu Puan Fazreen binti Ismail yang berkhidmat di Ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia.
KKAIMB yang terdiri daripada wakil Lembaga, Puan Rosmawati binti Abdul Rahman dan wakil pihak pengurusan KKAIMB telah membuat lawatan dan melihat sendiri kerosakan yang dialami berikutan musibah kebakaran tersebut. KKAIMB juga telah menyerahkan bantuan berjumlah RM1,000 dibawah Tabung Kebajikan Am (TKA) yang merupakan salah satu manfaat yang diterima oleh anggota KKAIMB.
KKAIMB mengharapkan agar Puan Fazreen binti Ismail sekeluarga dapat bersabar dan tabah di atas musibah yang menimpa. Semoga ada hikmah disetiap ujian yang berlaku.
MAJLIS MAKAN MALAM SUKAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 2022 (SUKAIM22)
Setelah berhempas pulas dalam permainan di gelanggang mahupun padang, inilah saatnya malam kegemilangan buat para pemenang di setiap permainan yang telah dipertandingan pada SUKAIM 2022.
Boleh dilihat riak wajah gembira para pemain terutamanya bagi kontinjen Sarawak yang telah memenangi Juara Keseluruhan SUKAIM 2022.
Kalah dan menang itu adat permainan, Tahniah kami ucapkan buat para pemenang serta pemain yang telah berusaha untuk sampai ke tahap yang gemilang ini.
Part 2
MAJLIS PEMBUKAAN SUKAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 2022 (SUKAIM22)
Majlis ini bertempat di Stadium Saidina Hamzah, UIA. Sepanjang pembukaan ini berlangsung, kesemua kontinjen sangat bersemangat dalam aksi perbarisan walaupun hari agak panas tapi mereka memanaskan lagi suasana dengan “War Cry” setiap kontinjen
Part 1
MAJLIS PEMBUKAAN SUKAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 2022 (SUKAIM22)
Majlis ini bertempat di Stadium Saidina Hamzah, UIA. Sepanjang pembukaan ini berlangsung, kesemua kontinjen sangat bersemangat dalam aksi perbarisan walaupun hari agak panas tapi mereka memanaskan lagi suasana dengan “War Cry” setiap kontinjen
BADMINTON KATEGORI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA & AGENSI (SUKAIM 2022)
Perlawanan yang begitu sengit di gelanggang badminton. Pelabagai aksi yang diberikan oleh pemain serta sorakan daripada penyokong yang memeriahi suasana sekaligus menjadikan gelanggang begitu hangat.
BOLA JARING KATEGORI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA & AGENSI (SUKAIM 2022)
Jangan katakan wanita itu tidak lasak! Sungguh lincah aksi para pemain bola jaring yang bergasak dalam pertempuran. Baik Kategori AIM mahupun Agensi.
BOLA SEPAK KATEGORI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA & AGENSI (SUKAIM 2022)
Panas dengan aksi perlawanan bola sepak yang sangat mengerunkan mana-mana pihak lawan sekalipun. Banyak aksi yang menarik kami rakamkan di lensa untuk menjadi kenangan semua kontinjen.
PENDAFTARAN & TAKLIMAT KETUA KONTINJEN SUKAIM 2022
Pendaftaran pada hari Khamis (1/09/2022) bertempat di International Islamic University Malaysia (IIUM). Kontinjen daripada seluruh Malaysia turut menghadiri SUKAIM 2022.Taklimat Ketua Kontinjen diadakan bertujuan untuk memberikan maklumat lebih terperinci bagi persediaan SUKAIM 2022 yang bermula pada esok harinya. Semangat ketua kontinjen amatlah terserlah untuk membuat persediaan yang rapi bagi pertempuran pada perlawanan yang telah ditetapkan
SUMBANGAN WAKALAH ZAKAT KKAIMB, PARLIMEN GOMBAK
Sumbangan Zakat Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) kepada Asnaf Parlimen Gombak yang disampaikan dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Wira Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin.
KKAIMB memperuntukkan sebanyak RM 50,000 sumbangan zakat kepada 500 orang asnaf yang terdiri daripada Asnaf fakir dan miskin parlimen Gombak dan sahabat AIM cawangan Gombak.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA SKM, AIM & KKAIMB

Pada 26 Julai 2022 (Selasa), Kami daripada Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) telah menganjurkan Majlis ramah mesra bersama SKM, AIM & KKAIMB yang bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur.
Turut dijemput daripada pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Tuan Haji Zazali Bin Haron selaku Pengerusi Eksekutif SKM Ibu Pejabat, Encik Mohd Rossali Bin Morsalin selaku Pengarah Bahagian Penyiasatan dan Penguatkuasaan, Encik Tan Boon Khin selaku Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Encik Muhamad Ammar bin Ahmad Ramli selaku Penolong Pengarah Nasional E, Encik Muhamad Farid bin Zaini selaku Pembantu Ehwal Ekonomi dan Puan Norulnidiah Binti Harun selaku Pembantu Ehwal Ekonomi Kanan
Seterusnya turut dijemput daripada pihak Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) iaitu YB Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya selaku Pengerusi Lembaga Pemegang AIM, Encik Mohamed Shamir Bin Abdul Aziz selaku Pengarah Urusan AIM, Encik Jani Izwandy Bin Che Jan selaku Ketua Pegawai Perundangan / Operasi AIM, Encik Norsharizal Bin Masharin selaku Ketua Pegawai Kewangan AIM, Encik Mohamad Zulkahizam Bin Mohamad Zuldin selaku Ketua Pegawai Maklumat AIM dan Encik Zubairi Bin Mohd Fadzil selaku Pengarah Bahagian Operasi.
Selain itu, turut dihadiri daripada Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) iaitu Encik Saad Bin Ishak selaku Pengerusi Lembaga KKAIMB, Puan Norhaliza Binti Dolah selaku Setiausaha Lembaga KKAIMB, Encik Zawawi Bin Zakaria selaku Bendahari Lembaga KKAIMB dan Ahli-ahli Lembaga KKAIMB yang lain serta pengurusan KKAIMB bagi Majlis ini.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak SKM dan AIM atas kesudian untuk menerima dan datang ke Majlis ini.

KORBAN PERDANA AIM BERSAMA TYT MELAKA

Kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (DR) Haji Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Majlis Korban Perdana Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). KKAIMB telah menyumbangkan sebanyak 4 Ekor Lembu Korban yang diagihkan kepada golongan yang memerlukan serta sahabat-sahabat dan penduduk setempat. Majlis telah diadakan di Masjid As Solihin Permatang Pasir, Melaka pada Isnin, 11 Julai 2022. Turut dihadiri oleh wakil KKAIMB, Pengerusi Lembaga KKAIMB iaitu Encik Saad Bin Ishak, Ketua Pegawai Kewangan KKAIMB, Encik Amir Bin Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi KKAIMB, Encik Azrul Nizam Bin Akashah.

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN AIM MELALUI KKAIMB KEPADA AIM WILAYAH SARAWAK
Sumbangan Lembu Korban Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) melalui Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia, Tuan TS Abdul Rahman @ Johan Bin Mohamad kepada AJK Masjid Darul Hafshah