PERKHIDMATAN UTAMA KKAIMB

Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) merupakan sebuah koperasi 100% Bumiputera yang beroperasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan Malaysia. Aktiviti teras KKAIMB ialah Projek Tabung Kebajikan, Kematian dan Ilat (TKKI) yang menjadi sumber pendapatan utama koperasi.Selain itu, KKAIMB turut menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan lain yang merangkumi perkhidmatan Ar-Rahnu, pembekalan, hartanah, perladangan, serta perkhidmatan pembaharuan takaful kenderaan melalui Coopshield. KKAIMB juga menawarkan perkhidmatan MyWasiat, iaitu perancangan harta berlandaskan Syariah Islam, bagi memastikan pengurusan dan pengagihan harta kepada penerima yang dikehendaki, dengan kerjasama rakan niaga strategik KKAIMB.

KKAIMB sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan Visinya menjadi sebuah koperasi berdaya maju dan berdaya saing. Bagi mencapai Visinya, KKAIMB perlu komited dalam segala urusan dan sentiasa mengekalkan 6 prinsip asas koperasi sebagai panduan dalam aktiviti berkoperasi.

Pengurus Tabung Kebajikan, Kematian dan Ilat (TKKI)

Merupakan program  kerjasama di antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan KKAIMB bermula pada Jun 2005 hingga kini sebagai pengendali  dana TKKI  bagi Peserta TKKI.

Aktiviti Utama TKKI

Melindungi pembiayaan yang dikeluarkan oleh pihak AIM beserta manfaat kepada sahabat-sahabat AIM.

Manfaat Kepada Peserta

Penyelesaian Baki Pembiayaan Sahabat Usahawan. Hibah; RM1,000 setiap pembiayaan. Khairat Kematian; RM500 atau sehingga RM5,000 (pilihan Sahabat mengikut terma dan syarat) setiap pembiayaan. Keilatan kekal; saguhati RM200 bagi setiap peserta.

Yuran Wakalah TKKI (25%)

15% digunakan sebagai perbelanjaan operasi KKAIMB. Sebanyak 3% dibayar kepada AIM dan 7% dibayar kepada KS sebagai Yuran Ujrah.

Ikhtiar Ar Rahnu

Ikhtiar Ar Rahnu merupakan jenama kedai pajak gadai Islam di bawah pengurusan KKAIMB. KKAIMB telah memulakan langkah menceburi bidang ini dengan membuka cawangan pertama di Tanah Merah, Kelantan dan telah mula beroperasi pada 10 Jun 2025. Cawangan ke-2 Ikhtiar Ar Rahnu telah dibuka di Shah Alam dan seterusnya di Sarikei, Sarawak untuk Cawangan ke-3.

PEMBIAYAAN SEHINGGA 75% “KEMUDAHAN TUNAI SEGERA!”

Kami Sedia Membantu Untuk Memenuhi Keperluan Kewangan Anda

CAWANGAN TANAH MERAH

NO. 5-G-H, KOMPLEKS PERNIAGAAN HUMAIRA

JALAN HUMAIRA 2, 17500,TANAH MERAH, KELANTAN

TEL: 09-9554 501

CAWANGAN SHAH ALAM

IKHTIAR AR RAHNU SHAH ALAM (SEKSYEN22),

KONDOMINIUM INDAH ALAM,

LOT 4, JALAN JUBLI PERAK 22/1,
SYEKSYEN 22, SHAH ALAM, SELANGOR

TEL: 03-5567 9293

PERBAHARUI TAKAFUL KENDERAAN BERSAMA

COOPSHIELD

JOM RENEW SEKARANG

MANFAAT MENGGUNAKAN COOPSHIELD

Memperbaharui Cukai Jalan & Takaful Kenderaan dalam masa 5 minit

Pilihan pembayaran dalam talian yang mudah dan selamat

Mudah digunakan pada bila-bila masa

🚗 Perbaharuan insurans kenderaan melalui COOPSHIELD.KKAIMB.MY kini lebih JIMAT, MUDAH dan SELAMAT. Platform ini menyediakan pengalaman pengguna yang teratur dan efisien, membolehkan pemilik kenderaan mendapatkan sebut harga serta membuat pembaharuan secara dalam talian dengan cepat ⏱️. Segala urusan dilindungi dengan tahap keselamatan digital yang tinggi 🔒 untuk memastikan maklumat anda terpelihara pada setiap masa.

KLIK PAUTAN DIBAWAH UNTUK MELAYARI PLATFORM KAMI

Pembekalan

Hartanah

BANGUNAN KAMUNTING, PERAK

No. 55, Jalan Medan Saujana 1, Taman Kamunting Maju, 34600 Kamunting, Perak 

TANAH DI RASA, HULU SELANGOR

Tanah di Lot 601, Sungai Gedek, Mukim Rasa.1.3026 Hektar (3.21 Ekar). Tanah status pertanian.

BANGUNAN DI SUBANG SELANGOR

No. 16, Jalan Matahari AB U5/AB, Taman Nusa Subang, 40150 Shah Alam, 

BANGUNAN WAKAF CHE YEH  KOTA BHARU KELANTAN

PT 1061, Jalan wakaf Che Yeh, Kawasan Pasar Awam Bersepadu, 15150 Kota Bharu, Kelantan.

BANGUNAN DI KOK LANAS KELANTAN

Lot 449, Taman Sri Mahang, Kok Lanas, 16450 Kota Bharu, Kelantan Aras GF disewa oleh 7-Eleven

tANAH  DI SETIU TERENGGANU

Lot 256, Mukim Guntung. 3.79 Hektar (9.39 Ekar) Usahama dengan pemaju hartanah untuk pembangunan projek perumahan

Perladangan

Merpati Bakat Sdn Bhd

Keluasan tanah 133 ekar. Lokasi di Dungun, Terengganu Tanaman Kelapa Sawit. Tanah Pajakan Negeri daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) berstatus Pertanian

Vibrant Realty Sdn Bhd

Keluasan tanah 247 ekar. Lokasi di Dungun, Terengganu. Tanaman Kelapa Sawit Tanah Pajakan Negeri berstatus Pertanian.